Pengenalan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

MENGENAI KAMI

IPGKTAR  menyokong hasrat MAMPU dalam menambahbaik pelaksanaan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:

  1. memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
  2. meningkatkan imej korporat;
  3. menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak   berkepentingan;
  4. menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan;
  5. memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan

 

DASAR

Polisi/Dasar 5S IPGKTAR bertujuan ke arah membentuk budaya persekitaran kerja yang sistematik, berkualiti dan berinovasi bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta produktiviti dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan.

 

SLOGAN

“EKSA di hati”

 

LOGO

Keterangan Logo
Logo EKSA IPGKTAR merupakan gabungan simbol dan perkataan EKSA itu sendiri. Perkataan EKSA  itu sendiri membawa maksud Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Penggunaan warna biru melambangkan kesepaduan yang jitu dalam kalangan warga IPGKTAR dalam  usaha mencapai visi dan misi organisasi. Warna kuning memberi maksud semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja dalam mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.  Ia bergabung dengan logo IPGKTAR itu sendiri iaitu sebagai imej utama. Penggunaan warna merah jambu pada huruf “S” dalam logo merupakan warna kontra yang membawa maksud EKSA  di hati serta melambangkan keceriaan. Selain itu, ia merupakan penegasan elemen-elemen penting dalam EKSA seperti  sisih, susun, sapu, seragam, sentiasa amal, imej korporat dan lestari.

Search