• Umum 1
  • Pensijilan Semula EKSA 2018

Selamat Datang ke Blog EKSA IPGKTAR

Blog EKSA Institut  Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan diwujudkan sebagai satu alat atau cara untuk berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat, hebahan, perkongsian dan sebagainya berkenaan amalan EKSA dalam kalangan warga IPGKTAR.

Merujuk kepada objektif pelaksanaan EKSA, amalan ini mampu memupuk serta membentuk disiplin dalam kalangan warga IPGKTAR di samping meningkatkan semangat kerja sepasukan dan mewujudkan suasana persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif. Seiring dengan slogan amalan EKSA IPGKTAR iaitu “EKSA DI HATI”, maka Amalan EKSA akan dapat meningkatkan perasaan kepunyaan warga terhadap organisasi dan meningkatkan tahap kecekapan, kreativiti dan inovasi dalam menguruskan persekitaran kerja.

Komitmen dan kerjasama merupakan asas keharmonian dan kejayaan dalam melaksanakan kerja dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, semua warga IPGKTAR diseru supaya membudayakan Amalan EKSA ini pada setiap masa agar ia terus menjadi amalan. Ketekunan mengamalkan amalan ini pasti dapat merealisasikan segala hasrat dan cita-cita kita. Justeru, Selamat Mengamalkan EKSA.

Selamat Ber-EKSA!

Copyright © 2018. IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Search