Bunga digunakan sebagai nama bagi setiap Zon EKSA atas justifikasi-justifikasi berikut :
- Bunga melambangkan ceria, cantik, menarik, harum dan berwarna-warni. Maka ia melambangkan suasana persekitaran kerja yang kondusif dan sentiasa segar bagi memotivasikan warga IPGKTAR ke arah peningkatan produktiviti melalui kecekapan proses kerja yang sistematik, berkualiti dan berinovasi.
- Himpunan bunga yang pelbagai di setiap Zon EKSA melengkapkan lanskap IPGKTAR sebagai kampus dalam taman (secara maya dan fizikal).
- Penggunaan nama bunga yang pelbagai adalah simbolik kepada pencarian ilmu dan selari dengan fungsi IPGKTAR sebagai institusi pendidikan guru yang melahirkan modal insan yang berilmu dan cintakan alam sekitar.